DOKUMENTARI: 3 DALAM 1 MALAYSIA
Sunday, 20 September 2015
Wednesday, 16 September 2015
PERPADUAN KAUM DAPAT MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTISME DALAM KALANGAN PELAJAR
Patriotismenya adalah semangat yang murni, universal dan bebas
daripada elemen perkauman. Semangat perjuangan dan pengorbanan ini lahir
daripada nilai-nilai cinta, kasih, sayang dan kesetiaan kepada nusa dan bangsa.
Lazimnya, patriotisme didasari oleh sifat dan sikap
kesukarelaan, keikhlasan, kesanggupan, kesungguhan, dedikasi dan komitmen
seseorang insan untuk mempertahankan kemerdekaan negara dan memelihara
kemerdekaan serta kedaulatan bangsanya.
Matlamatnya supaya perlembagaan, undang-undang, integriti,
kredibiliti, kepentingan, kemajuan, kejayaan, kemakmuran, kesejahteraan,
keharmonian, perpaduan, ketenteraman, keamanan dan kelangsungan bangsa dan
negara ini tidak diganggu-gugat oleh sesiapa.
Oleh itu, patriotisme adalah sesuatu yang abstrak. Ia lahir
daripada tindakan atau perjuangan seseorang yang berasaskan kepentingan negara,
agama dan bangsa.
Patriotisme membabitkan minda, sanubari dan naluri. Ia juga
membabitkan roh dan jiwa, semangat dan keinsafan, serta cinta, kasih dan
sayang.
Di zaman silam, patriotisme di Malaysia sering dimanifestasikan
menerusi kesukarelaan dan keberanian seseorang berperang demi kepentingan ibu
pertiwinya, untuk berjuang menentang penjajah, atau memperjuangkan kemerdekaan
tanah airnya.
Di zaman mutakhir, patriotisme Malaysia dimanifestasikan
menerusi kepimpinan yang berjiwa rakyat, bertungkus-lumus memajukan negara
untuk mencapai taraf dunia dan sentiasa memperjuangkan keselamatan tanah air
dan kesejahteraan ummah.
Patriotisme Malaysia mutakhir juga dibuktikan oleh segolongan
bangsa Malaysia menerusi penciptaan rekod-rekod dunia melalui aktiviti yang
amat mencabar, lasak dan berbahaya.
Contohnya, pelayaran mengelilingi dunia secara solo, berenang menyeberangi
Selat Inggeris dalam tempoh yang tersingkat, memacak dan mengibarkan Jalur
Gemilang di puncak Gunung Everest, dan menawan Kutub Utara.
Oleh itu, patriotisme bolehlah ditakrifkan sebagai semangat
perjuangan dan pengorbanan yang berasaskan nilai-nilai cinta, kasih, sayang,
kesetiaan, kebanggaan, keikhlasan, kesanggupan, kesungguhan dan komitmen seseorang
manusia kepada agama, bangsa dan negaranya.
Patriotisme penting kepada Malaysia . Ia menjadi satu daripada
prasyarat pembentukan bangsa dan pengukuhan ketahanan nasional.
Menerusi patriotisme, bangsa dan negara Malaysia boleh terhindar
dari pancaroba, agamanya terus mulia, jati dirinya tetap unggul, budayanya
mantap, politiknya bebas dari pengaruh universalisme, perpaduannya teguh,
semangat juangnya pukal, dan masa depannya terus cerah.
Pendek kata, dalam konteks suasana dunia hari ini, patriotisme
Malaysia boleh menjadi senjata utama untuk menangkis seluruh elemen dalaman dan
luaran yang boleh mengancam agama, melumpuhkan bangsa dan meruntuhkan negara.
Lantaran itulah patriotisme Malaysia perlu mencakupi seluruh
aspek perjuangan individu, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara.
Ia perlu mementingkan prinsip-prinsip perjuangan dan
pengorbanan, kewajipan dan tanggungjawab, komitmen dan dedikasi, kesungguhan
dan kesukarelaan, keberanian dan keperkasaan.
OBJEKTIF ADALAH SUPAYA PELAJAR DAPAT:
a. mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan negara.
b. mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa dan negara.
c. bersemangat kekitaan, berdisiplin dan hidup bermasyarakat dan harmonis.
d. memahami dan menghargai usaha-usaha negara dalam pembangunan dan kemajuan
e. membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu dalam masyarakat serta berupaya untuk bertindak dengan sewajarnya
f. bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk kemajuan bangsa dan negara.
KESIMPULAN
Kesimpulan daripada masyarakat berbilang kaum semangat patriotisme dapat membantu pembangunan masyarakat dan pembangunan ekonomi. Serta, pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dapat dilakukan dengan mudah kerana masing-masing mempunyai inisiatif untuk membangunkan negara. Selain itu, industri pelancongan dapat dikembangkan. Disamping itu, negara berdaulat dan dihormati oleh orang ramai. Akhir sekali, negara boleh menggorak langkah yang lebih jauh untuk mencapai negara maju bukan sahaja dari aspek ekonomi tetapi jati diri bangsa negara tersebut.
MASYARAKAT CINA
PERKAHWINAN TRADISIONAL MASYARAKAT (CINA)
PENGENALAN
• Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka.
• Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan
nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.
• Dalam masyarakat Cina, sesuatu
perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan
mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak
sah.
• Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit
iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin )
dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi
kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing.
• Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat
merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.
MERISIK
• Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati.
• Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi,
watak dan tingkah laku si gadis.
• Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan.
• Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak
lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si
gadis.
• Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di
restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain.
• Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat
mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga.
• Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama
tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan.
MEMINANG
• Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-
masing adat meminang akan dijalankan.
• Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan
perkara-perkara berkaitan perkahwinan.
• Ibu pengantin pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut
berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih
hari yang paling sesuai.
• Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah.
• Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa
pihak lelaki.
• Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang
dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan..
Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin,
barulah adat bertunang dijalankan.
BERTUNANG
Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah
bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang
tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku
iaitu Toong-Su
• Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat
merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.
MAJLIS PERKAHWINAN
• Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut
tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
• Sebelum tiba hari perkahwinan
sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin,
perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun dalam seratus
hari.
• Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung
kesedihan.
• Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah.
• Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning.
• Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai
warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.
• Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan
pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali
pertama.
• Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan
pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu.
• Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli
keluarga masing-masing.
• Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada
isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akan
meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing.
• Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih
diamalkan.
• Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri.
• Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri
dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan.
• Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada
saudara mara pihak lelaki
• Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu
jamuan makan.
• Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau
restoran.
• Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan
pengantin.
• Pada masa yang sama kedua pengantin
akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak.
• Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan
menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su (
. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk
menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang
ditetapkan . cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin
sehingga hari perkahwinan. Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan
menyerahkan sekeping kertas merah yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh
lahirnya yang didapati daripada tukang tilik.
Tukang tilik akan menghitung hari dan
masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai
kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika menentukan hari yang sesuai,
tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan.
Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua
keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak
berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang
perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu.
Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan
atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat
Pendaftaran Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas,
sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak
menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah
besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga
pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat
dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang
diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.
PAKAIAN TRADISIONAL CINA
PAKAIAN TRADISIONAL CINA
CheongSam |
SamFoo |
Hanfu(P) |
TangZhuang (L) |
TangZhuang (P) |
MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA
ZongZi |
YuSheng |
Char Kuey Teow |
Da Ban |
Dim Sum |
Dou Sha |
Kuih Bulan |
Nasi Ayam |
Xia Jiao |
Tang Yuan |
AGAMA
Agama Masyarakat Cina Malaysia
|
||||
Agama
|
Peratus
| |||
83.56%
|
||||
11.05%
|
||||
3.41%
|
||||
0.66%
|
||||
0.23%
|
||||
Agama
Lain
|
0.13%
|
|||
0.95%
|
Secara
tipikalnya , orang Cina mengamalkan sejenis agama
integrasi nilai-nilai budaya trdisional China , Buddha, Taoism , Konfusianisme , dan penyembahan nenek
moyang.Walaubagaimanapun terdapat minoriti masyarakat Cina menganuti agama
Kristian , Hindu ,Islam ,dan sebagainya.
Tuesday, 15 September 2015
MASYARAKAT MELAYU
PENGENALAN KAUM MELAYU
Orang Melayu Malaysia, terdiri daripada 55% jumlah penduduk di Malaysia, ditakrifkan secara umum sebagai "bangsa Melayu" berbanding lebih spesifik sebagai "kumpulan etnik Melayu''
Masyarakat Melayu di Malaysia wujud hasil dari percampuran di antara tiga rumpun bangsa yang berbeza, iaitu Negrito, Austro-Asiatic dan Austronesia dengan pengaruh dari bangsa-bangsa dari luar Asia Tenggara. Pada abad ke-14 hingga ke 16, terdapat banyak orang Melayu datang dari Sulawesi dan Sumatra.
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
Masyarakat Melayu di Malaysia mempunyai pelbagai jenis pakaian tradisional yang telah pun dipakai sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Semua pakaian ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri keasliannya seperti mana ia mula dipakai pada zaman dahulu. Ada di antara pakaian tersebut mendapat pengaruh daripada budaya bangsa asing seperti Arab, Cina, India dan juga dari Kepulauan Indonesia. Berikut adalah senarai pakaian tradisional Melayu di Malaysia:-
Baju Kurung |
Baju Kebaya |
Baju Melayu |
MAKANAN TRADISIONAL
Makanan tradisi masyarakat Melayu di Malaysia adalah seperti Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Kandar, Nasi Tumpang, Nasi Berlauk, Nasi Ulam, Nasi Tomato, Keropok Lekor, Keropok Gote, Keropok Keping, Budu, Sata, Tempoyak, Otak-otak, Sate, Roti Jala, Lontong, Pecal, Burasak, Ketupat, Lemang, Wajik,Dodol, Belacan dan sebagainya.
Nasi lemak |
Sate |
ADAT RESAM PERKAHWINAN
Adat resam kahwin Melayu merupakan antara adat resam yang paling penting dan dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu, baik di kawasan luar bandar mahupun di bandar. Sebagaimana mana-mana kaum, ia memerlukan perbelanjaan yang agak besar, dan terdapat segolongan yang berbelanja melebihi pendapatan dan terpaksa menjual harta atau meminjam wang, untuk tujuan ini.
Adat resam kahwin Melayu memerlukan banyak wang untuk menepati semua peringkat istiadatnya. Ia terdiri daripada lapan langkah yang boleh digolongkan kepada tiga peringkat:
- Peringkat pertama
- Peringkat kedua
- Peringkat ketiga
Upacara Persandingan |
Akad Nikah |
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Kepercayaan awal masyarakat melayu sebelum kedatangan agama adalah ‘animisme’, dimana mereka percaya semua benda di dalam dunia ini mempunyai roh atau semangat yang mempengaruhi kehidupan manusia sama ada baik atau buruk.
Roh atau semangat ini perlu dipuja agar membawa kebaikan dan menambahkan rezeki. Keadaan ini telah mempengaruhi kehidupan mereka kerana terdapatnya aktivitas memuja pantai atau semangat padi bagi menjamin keselamatan dan menambahkan hasil padi.
Dengan ini timbullah konsep pantang larang, adat istiadat, undang-undang, kebudayaan dan sebagainya. Bagi memuja semangat ini lahirlah tarian, nyanyian, drama, muzik, unsur mainan, mentera, adat menanam, adat kematian dan sebagainya yang ada hubungan dengan kepercayaan itu. Beberapa dari unsur ini menjadi hiburan dan mainan yang pada asalnya merupakan upacara yang berkaitan dengan kuasa ghaib. Contohnya Main Puteri, Main Dewa, memutus ubat dan sebagainya.
Berkaitan dengan unsur mainan dan tarian tadi maka lahirlah upacara jampi serapah yang bertujuan untuk melindungi permainan daripada segala bencana dan menghalau jin dan hantu daripada menggangu persembahan. Setiap persembahan ada peraturan dan pantang larang kerana asal usul sesuatu jenis persembahan selalunya dihubungkait dengan kuasa ghaib.
Dengan wujudnya kepercayaan tersebut maka wujud satu golongan masyarakat yang dihubungkaitkan dengan upacara-upacara pemujaan seperti dukun, tabib, pawang, nenek kebayan dan sebagainya yang bertanggung jawab memulih diri seseorang yang dipercayai disampuk atau hilang semangat.
MASYARAKAT INDIA
Budaya kaum India
Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut membawa budaya mereka yang unik. Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.
1. Tanda Hormat
Mereka menyapa dengan sebutan "vanakam" dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya. Tetamu sentiasa dijamu minuman atau makanan dan mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu, elok digunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran
2. Peranan Keluarga
Keluarga amat penting dalam masyarakat Tamil. Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah paling dihormati yang dianggap mulia. "Ibu adalah umpama Tuhan" dan anak perempuan pun dipanggil "amma" seperti seorang ibu. Penjagaan anak perempuan amat diberi perhatian.
PERKAHWINAN
SEWAKTU MENGANDUNG
Adat Valaikaappu dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu” dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin. Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama kuih muih, buah-buahan dan bunga-bungaan. Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu dan seterusnya upacara memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan. Setelah mandi, wanita hamil tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya. Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Seterusnya lampu minyak kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan upacara. Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih dan lain lain.
PAKAIAN KAUM INDIA
a) Pakaian Perempuan |
Etnik Telegu |
Etnik Tamil |
Etnik Brahmin |
Sari merupakan pakaian tenunan khas yang dipakai oleh semua kalangan orang India. Sari diubahsuai untuk menjadi pakaian kepada golongan kanak-kanak dan remaja. Sari juga dipakai mengikut kehendak dan ia dapat menunjukkan kumpulan keturunan seseorang wanita India. Di atas adalah beberapa contoh dalam cara pemakaian india.
b) Pakaian Lelaki
Dhoti merupakan pakaian tradisional orang lelaki dalam kaum India. Dhoti juga merupakan hasil tenunan yang ditenun menggunakan benang kapas ( Cotton ) dan ada juga dhoti yang ditenun khas dengan benang silk. Pemakaian dhoti juga mempunyai pelbagai cara. Gambar diatas adalah beberapa contoh pemakaian dhoti.
MAKANAN TRADISI KAUM INDIA
Masakan India dicirikan oleh kegunaan pelbagai rempah, herba
dan sayur-sayuran lain ditumbuh di India dan juga untuk amalan tersebar
vegetarianisme di sepanjang banyak bahagian masyarakat. Setiap keluarga masakan
India dicirikan oleh suatu campuran luas teknik hidangan dan masakan. Sebagai
suatu akibat, ia berlainan dari rantau ke rantau, mencerminkan demografi
berlainan dari subbenua India yang secara etnik berpelbagai.
Kepercayaan agama dan budaya India telah memainkan suatu
peranan berpengaruh dalam evolusi masakannya. Meskipun, masakan di sepanjang
India juga timbul oleh kerana interaksi kebudayaan skala besar subbenua dengan
Parsi yang berjiran, Greece kuno, Mongol dan Asia Barat, membuatnya suatu
pemaduan unik dari pelbagai masakan di sepanjang Asia. Perdagangan rempah di
antara India dan Eropah sering dipetik sebagai suatu mangkin untuk Zaman
Penjelajahan Eropah. zaman penjajah memperkenalkan gaya masakan Eropah ke India
menambahkan pada kelenturan dan kepelbagaian masakan India.Masakan India
telah mempunyai suatu pengaruh luar biasa pada masakan di sepanjang dunia,
khususnya dari Asia Tenggara.
Muruku |
Tosai |
Subscribe to:
Posts (Atom)