Wednesday 16 September 2015

MASYARAKAT CINA


PERKAHWINAN TRADISIONAL MASYARAKAT (CINA)

PENGENALAN

• Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa     perubahan besar dalam kehidupan mereka.
• Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.
 • Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah.
• Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin ) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. 
• Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan. 

MERISIK 

• Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. 
• Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. 
• Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. 
• Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. 
• Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain. 
• Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga. 
• Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan. 

MEMINANG 

• Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing- masing adat meminang akan dijalankan. 
• Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. 
• Ibu pengantin pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. 
• Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. 
• Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki.
 • Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan. 

BERTUNANG 

Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su
• Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

MAJLIS PERKAHWINAN 

• Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
 • Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun dalam seratus hari. 
• Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. 
• Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. 
• Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. 
• Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan. 
• Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. 
• Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. 
• Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. 
• Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. 
• Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. 
• Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. 
• Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. 
• Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki
• Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. 
• Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran. 
• Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin.
 • Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. 
• Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su (
. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan . cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan. Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik.
 Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu.
Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.


PAKAIAN TRADISIONAL CINA

CheongSam
SamFoo
Hanfu (L)
Hanfu(P)

TangZhuang (L)
TangZhuang (P)

MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA


ZongZi

YuSheng

Char Kuey Teow

Da Ban

Dim Sum

Dou Sha


Kuih Bulan

Nasi Ayam

Xia Jiao 

Tang Yuan 

                       AGAMA
   
Agama Masyarakat Cina Malaysia
Agama
   Peratus
  
83.56%
  
11.05%
  
3.41%
  
0.66%
  
0.23%
Agama Lain
  
0.13%
  
0.95%



Kebanyakan orang Cina di Malaysia dikategorikan sebagai penganut agama Buddha / Taoism .

Secara tipikalnya , orang Cina mengamalkan sejenis agama integrasi nilai-nilai budaya trdisional China , BuddhaTaoism Konfusianisme , dan penyembahan nenek moyang.Walaubagaimanapun terdapat minoriti masyarakat Cina menganuti agama Kristian , Hindu ,Islam ,dan sebagainya.



              



No comments:

Post a Comment