Tuesday 15 September 2015

MASYARAKAT INDIA

Budaya kaum India

           Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut membawa budaya mereka yang unik.         Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.


1.  Tanda Hormat


Mereka menyapa dengan sebutan "vanakam" dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya. Tetamu sentiasa dijamu minuman atau makanan dan  mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu, elok digunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran


2.  Peranan Keluarga



Keluarga amat penting dalam masyarakat Tamil. Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah paling dihormati yang dianggap mulia. "Ibu adalah umpama Tuhan" dan anak perempuan pun dipanggil "amma" seperti seorang ibu. Penjagaan anak perempuan amat diberi perhatian.





PERKAHWINAN

Upacara Perkahwinan

Seorang suami pula adalah "Tuhan bagi isterinya" dan mesti sentiasa dihormati. Oleh itu proses perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta reaksi pasangan berkahwin. Masa  amatlah penting bagi segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya mala petaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau matahari akan naik. Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan tersebut.

SEWAKTU MENGANDUNG

        Adat Valaikaappu  dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu” dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.       Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama kuih muih, buah-buahan dan bunga-bungaan.        Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu dan seterusnya upacara memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan. Setelah mandi, wanita hamil tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya.      Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Seterusnya lampu minyak kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan upacara. Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih dan lain lain.




PAKAIAN KAUM INDIA

a) Pakaian Perempuan

Etnik Telegu


Etnik Tamil
Etnik Brahmin


Sari merupakan pakaian tenunan khas yang dipakai oleh semua kalangan orang India. Sari diubahsuai untuk menjadi pakaian kepada golongan kanak-kanak dan remaja. Sari juga dipakai mengikut kehendak dan ia dapat menunjukkan kumpulan keturunan seseorang wanita India. Di atas adalah beberapa contoh dalam cara pemakaian india.



b) Pakaian Lelaki














       Dhoti merupakan pakaian tradisional orang lelaki dalam kaum India. Dhoti juga merupakan hasil tenunan yang ditenun menggunakan benang kapas ( Cotton ) dan ada juga dhoti yang ditenun khas dengan benang silk. Pemakaian dhoti juga mempunyai pelbagai cara. Gambar diatas adalah beberapa contoh pemakaian dhoti.


MAKANAN TRADISI KAUM INDIA

       Masakan India dicirikan oleh kegunaan pelbagai rempah, herba dan sayur-sayuran lain ditumbuh di India dan juga untuk amalan tersebar vegetarianisme di sepanjang banyak bahagian masyarakat. Setiap keluarga masakan India dicirikan oleh suatu campuran luas teknik hidangan dan masakan. Sebagai suatu akibat, ia berlainan dari rantau ke rantau, mencerminkan demografi berlainan dari subbenua India yang secara etnik berpelbagai.
         Kepercayaan agama dan budaya India telah memainkan suatu peranan berpengaruh dalam evolusi masakannya. Meskipun, masakan di sepanjang India juga timbul oleh kerana interaksi kebudayaan skala besar subbenua dengan Parsi yang berjiran, Greece kuno, Mongol dan Asia Barat, membuatnya suatu pemaduan unik dari pelbagai masakan di sepanjang Asia. Perdagangan rempah di antara India dan Eropah sering dipetik sebagai suatu mangkin untuk Zaman Penjelajahan Eropah. zaman penjajah memperkenalkan gaya masakan Eropah ke India menambahkan pada kelenturan dan kepelbagaian masakan India.Masakan India telah mempunyai suatu pengaruh luar biasa pada masakan di sepanjang dunia, khususnya dari Asia Tenggara.


Muruku

Tosai

1 comment:

  1. Your Affiliate Money Printing Machine is ready -

    Plus, earning money online using it is as simple as 1, 2, 3!

    Follow the steps below to make money...

    STEP 1. Input into the system what affiliate products the system will advertise
    STEP 2. Add PUSH button traffic (it LITERALLY takes JUST 2 minutes)
    STEP 3. Watch the system grow your list and sell your affiliate products all on it's own!

    Are you ready to make money ONLINE??

    You can test-drive the system for yourself risk free...

    ReplyDelete