Tuesday 15 September 2015

MASYARAKAT MELAYU



PENGENALAN KAUM MELAYU

        Orang Melayu Malaysia, terdiri daripada 55% jumlah penduduk di Malaysia, ditakrifkan secara umum sebagai "bangsa Melayu" berbanding lebih spesifik sebagai "kumpulan etnik Melayu''
       Masyarakat Melayu di Malaysia wujud hasil dari percampuran di antara tiga rumpun bangsa yang berbeza, iaitu Negrito, Austro-Asiatic dan Austronesia dengan pengaruh dari bangsa-bangsa dari luar Asia Tenggara. Pada abad ke-14 hingga ke 16, terdapat banyak orang Melayu datang dari Sulawesi dan Sumatra.




PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

Masyarakat Melayu di Malaysia mempunyai pelbagai jenis pakaian tradisional yang telah pun dipakai sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Semua pakaian ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri keasliannya seperti mana ia mula dipakai pada zaman dahulu. Ada di antara pakaian tersebut mendapat pengaruh daripada budaya bangsa asing seperti Arab, Cina, India dan juga dari Kepulauan Indonesia. Berikut adalah senarai pakaian tradisional Melayu di Malaysia:-


                             
                                 Baju Kurung
                       
                                   Baju Kebaya
             
                                                   
                                                                       Baju Melayu




















MAKANAN TRADISIONAL

      Makanan tradisi masyarakat Melayu di Malaysia adalah seperti Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Kandar, Nasi Tumpang, Nasi Berlauk, Nasi Ulam, Nasi Tomato, Keropok Lekor, Keropok Gote, Keropok Keping, Budu, Sata, Tempoyak, Otak-otak, Sate, Roti Jala, Lontong, Pecal, Burasak, Ketupat, Lemang, Wajik,Dodol, Belacan dan sebagainya. 

   
                           
                          Nasi lemak

Sate






ADAT RESAM PERKAHWINAN 


Adat resam kahwin Melayu merupakan antara adat resam yang paling penting dan dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu, baik di kawasan luar bandar mahupun di bandar. Sebagaimana mana-mana kaum, ia memerlukan perbelanjaan yang agak besar, dan terdapat segolongan yang berbelanja melebihi pendapatan dan terpaksa menjual harta atau meminjam wang, untuk tujuan ini.
Adat resam kahwin Melayu memerlukan banyak wang untuk menepati semua peringkat istiadatnya. Ia terdiri daripada lapan langkah yang boleh digolongkan kepada tiga peringkat:


Peringkat pertama
Peringkat kedua
Peringkat ketiga


Upacara Persandingan

Akad Nikah

                                     





AGAMA DAN KEPERCAYAAN


Kepercayaan awal masyarakat melayu sebelum kedatangan agama adalah ‘animisme’, dimana mereka percaya semua benda di dalam dunia ini mempunyai roh atau semangat yang mempengaruhi kehidupan manusia sama ada baik atau buruk.
Roh atau semangat ini perlu dipuja agar membawa kebaikan dan menambahkan rezeki. Keadaan ini telah mempengaruhi kehidupan mereka kerana terdapatnya aktivitas memuja pantai atau semangat padi bagi menjamin keselamatan dan menambahkan hasil padi.
Dengan ini timbullah konsep pantang larang, adat istiadat, undang-undang, kebudayaan dan sebagainya. Bagi memuja semangat ini lahirlah tarian, nyanyian, drama, muzik, unsur mainan, mentera, adat menanam, adat kematian dan sebagainya yang ada hubungan dengan kepercayaan itu. Beberapa dari unsur ini menjadi hiburan dan mainan yang pada asalnya merupakan upacara yang berkaitan dengan kuasa ghaib. Contohnya Main Puteri, Main Dewa, memutus ubat dan sebagainya.
Berkaitan dengan unsur mainan dan tarian tadi maka lahirlah upacara jampi serapah yang bertujuan untuk melindungi permainan daripada segala bencana dan menghalau jin dan hantu daripada menggangu persembahan. Setiap persembahan ada peraturan dan pantang larang kerana asal usul sesuatu jenis persembahan selalunya dihubungkait dengan kuasa ghaib.
Dengan wujudnya kepercayaan tersebut maka wujud satu golongan masyarakat yang dihubungkaitkan dengan upacara-upacara pemujaan seperti dukun, tabib, pawang, nenek kebayan dan sebagainya yang bertanggung jawab memulih diri seseorang yang dipercayai disampuk atau hilang semangat.















No comments:

Post a Comment